Adakah anda sedang mencari tempat tempahan Bahulu murah di Melaka? Jangan risau, kerana kami di dKetuhar Bahulu ada pelbagai pakej menarik buat anda! Tidak kisahlah sama ada anda warga timur, barat, selatan atau utara Malaysia sekalipun, anda tetap boleh menempah bahulu termurah daripada kami tau…

Nak tahu bagaimana cara mendapatkannya? Pastikan anda baca perkongsian Akak Bahulu sehingga habis ya!

Bahulu, Kuih Tradisional Kesukaan Ramai | Tempahan Bahulu Murah di Melaka

Kuih Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional yang memiliki keistimewaannya tersendiri. Ia bukan sahaja enak dimakan sebagai santapan minum petang, malahan sesuai untuk disajikan kepada para tetamu.

Tambahan lagi, perisa dan bentuknya yang pelbagai juga turut menjadikan kuih bahulu ini sebagai kudap-kudapan pilihan ramai.

Di kebanyakan majlis keraian juga, kuih bahulu ini pasti dapat membuatkan ramai orang senang hati. Rasanya yang ala-ala rangup, gebu, sedap dan lembut itu pasti akan menggamit hati dan jiwa si pemakan!

tempahan bahulu murah di melaka
Bahulu gebu dalam bekas

Akak Bahulu yakin, dengan melihat gambar kuih bahulu gebu dan comel di atas ini pun, sudah pasti dapat membuatkan anda semua teruja dan tergoda kan? Agak-agaknya, dekat mana boleh dapat kuih bahulu yang montok macam tu ya?

Haaa, tak payah berteka-teki lagi! Kalau anda nak dapatkan tempat tempahan kuih bahulu murah di sekitar Melaka, maka dKetuhar Bahulu adalah jawapannya. Terdapat pelbagai pakej yang menarik untuk anda pilih di sini tau…

Asal-usul Kuih Bahulu Tradisional Kegemaran Ramai

Nama ‘bahulu’ ini dipercayai berasal daripada frasa “buah tangan dari hulu”. Frasa ini bermaksud, hadiah kecil daripada kepala air. Kenapa kepala air?

Hal ini kerana, pengembara yang kebiasannya mengembara melalui jalan air, sering memberikan kuih bahulu ini sebagai buah tangan. Ia juga dipercayai berasal dari Bangkahulu, Indonesia dan diperkenalkan oleh orang jawa ke Tanah Melayu.

tempahan bahulu murah di melaka

Kalau anda nak tahu, cara pembuatan kuih bahulu tradisional ini amatlah rumit…

Sesiapa sahaja yang pernah melalui proses pembuatan bahulu tradisional ini pasti tahu betapa rumitnya proses tersebut, kerana ia boleh memakan masa seharian suntuk menggunakan bara sabut kelapa yang diletakkan di bahagian atas dan juga di bahagian bawah acuan.

Pakej Bahulu Terbaik di Melaka

Di dKetuhar Bahulu, kami ada menyediakan 3 jenis pakej dan set bahulu yang boleh anda dapatkan dalam pelbagai perisa seperti original, pandan, strawberry dan coklat.

Kalau nak dijadikan sebagai door gift perkahwinan atau majlis-majlis lain, dKetuhar juga ada menyediakan pembungkusan yang menarik dan comel tau! Kalau nak pembungkusan custom-made pun boleh.

“Kalau saya tinggal jauh, macam mana nak tempah pakej bahulu dari dKetuhar Bahulu ya?”

PEMINAT BAHULU

Anda semua tak perlu risau… Di zaman moden ini, segalanya hanya di hujung jari! Anda boleh membuat tempahan bahulu murah di dKetuhar Bahulu Melaka secara online sahaja tau.

Tak cukup dengan itu, kami juga ada droship, agent dan stokis di serata Malaysia yang cukup ramah dan bersedia untuk membantu anda semua.

Kelebihan Menempah Bahulu Bersama dKetuhar Bahulu

Tempahan Bahulu Murah Di Melaka

  • Packaging yang dijamin cantik dan comel untuk malis perkahwinan anda.
  • Bahulu yang dijamin sedap, gebu, montok, dan rangup di luar, lembut di dalam.
  • Bahulu yang kekal fresh sehingga 3 minggu!

Ingin Membuat Tempahan Bahulu Murah di dKetuhar Melaka?

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang tempahan bahulu murah di dKetuhar Bahulu Melaka, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Untuk berhubung secara terus pula, anda boleh menghubungi kami di talian, 017-739 2976 / 0169122976 (Puan Hasliza).

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian pula, anda boleh terus melayari beberapa online shop kami seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHAR: dketuhar.com
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar
SHOPEE: DKetuhar Baulu
TIKTOK SHOP: dketuhar.hq

Tidak ketinggalan juga buat mereka yang berada di sekitar Bukit Katil, Melaka, pastikan anda singgah ke kedai dKetuhar Bahulu yang beralamat di 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. Jumpa anda di sana!