Anda masih mencari set bahulu untuk door gift majlis perkahwinan? Untuk pengetahuan anda, door gift atau goodies kenduri ini merupakan salah satu barangan pemberian untuk tetamu, bagi melengkapkan sesebuah majlis.

Ia juga turut menjadi tanda penghargaan buat para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, sambutan ulangtahun, akikah dan banyak lagi. Kebiasaannya, majlis perkahwinan merupakan majlis yang paling sesuai untuk diberikan bahulu sebagai buah tangan ini tau!

Tetapi, di mana agaknya tempat terbaik untuk mendapatkan set bahulu door gift ini ya? Jeng, jeng, jeng… Jom Akak Bahulu sharekan.

Semakan Kelayakan Pembelian Bahulu Untuk Majlis Perkahwinan

  • Adakah anda bakal pengantin baru?
  • Anda masih mencari door gift yang sesuai untuk majlis perkahwinan?
  • Tidak mempunyai masa untuk survey door gift dalam kuantiti yang banyak?

Jika anda tergolong dalam salah satu kategori di atas, maka perkongsian Akak Bahulu pada kali ini sememangnya khas buat anda. Eh, choppp!

Andai kata anda tidak tergolong dalam kategori tersebut pun boleh aje nak teruskan pembacaan, hihi… Apa yang pasti, set door gift yang akan Akak Bahulu ceritakan ini boleh dibeli sebagai kudap-kudapan atau minum petang juga okay?

Door gift Bahulu untuk Majlis Perkahwinan, Tanda Perhargaan Buat Para Tetamu

Zaman sekarang, door gift telah dikenali dalam pelbagai bentuk dan rupa tau! Kalau zaman dahulu, kebanyakan orang memilih untuk memberi bunga telur ataupun gula-gula.

Namun kini, pelbagai jenis door gift yang dapat kita lihat. Ada yang memilih untuk memberi barangan keperluan, ada juga yang memberi door gift berupa makanan. Namun, semua itu terletak atas cita rasa setiap individu. Apa yang penting adalah keikhlasan dan niat baik pemberian tersebut.

Kuih Bahulu Sebagai Door Gift Majlis Anda

bahulu untuk majlis perkahwinan

Bagi mereka yang ingin menyokong dan memartabatkan warisan Malaysia, apa kata anda pilih bahulu tradisonal daripada dKetuhar Bahulu Melaka sebagai door gift tanda perhargaan buat tetamu? Kalau anda nak tahu, kuih bahulu kami sememangnya tahan lama, ringan, gebu, sedap dan juga mempunyai pelbagai perisa yang pastinya shiokkk!

Bagi mereka yang duduk berjauhan dari Melaka, anda tak perlu risau kerana dKetuhar Bahulu ada menyediakan penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia!

Tak cukup dengan itu, dKetuhar Bahulu Melaka juga mempunyai status halal jakim tau… Halalan thoyyiban, tanpa ragu.

Pelbagai Pakej Door Gift Menarik di dKetuhar Bahulu

Terdapat tiga jenis pakej bahulu yang boleh anda dapatkan daripada kami. Antara pakej tersebut adalah:

  • Set Classic Cermai.
  • Set Doorgift Classic Kemboja.
  • Set Doorgift Classic Cermai.

Setiap set tersebut didatangi dengan 4 perisa yang boleh anda pilih: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.Ia juga boleh didatangi dengan beberapa pilihan jenis packaging sama ada menggunakan plastik jimat, kotak ready-made atau kotak custom-made.

Bahulu untuk Majlis Perkahwinan
bahulu untuk majlis perkahwinan

Kelebihan Menempah Bahulu untuk Majlis Perkahwinan Bersama dKetuhar Bahulu Melaka

  • Packaging yang dijamin cantik dan comel untuk majlis perkahwinan anda. 
  • Bahulu yang dijamin sedap, gebu, montok, dan rangup di luar, lembut di dalam.
  • Bahulu yang kekal fresh sehingga 3 minggu!

Ingin Menempah Bersama dKetuhar Bahulu?

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu untuk majlis perkahwinan terbaik di Melaka ini, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Untuk berhubung secara terus pula, anda boleh menghubungi kami di talian, 017-739 2976 / 0169122976 (Puan Hasliza).

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian, anda boleh terus melayari beberapa online shop kami seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHAR: dketuhar.com
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar
SHOPEE: DKetuhar Baulu
TIKTOK SHOP: dketuhar.hq

Tidak ketinggalan juga buat mereka yang berada di sekitar Bukit Katil, Melaka, pastikan anda singgah ke kedai dKetuhar Bahulu yang beralamat di 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. Jumpa anda di sana!