Zaman sekarang ni, agak janggal rasanya kalau kita tak berikan sedikit penghargaan kecil buat tetamu yang hadir ke majlis bahagia kita kan? Nasihat kami, anda tidak perlu runsing lagi! Apa kata, anda berikan sahaja bahulu yang sedap daripada dKetuhar Bahulu untuk dijadikan sebagai wedding door gift?

Buat bakal pengantin semua, di sini, ingin kami perkenalkan beberapa pakej bahulu untuk dijadikan sebagai wedding door gift di majlis bahagia anda nanti. Jadi, pastikan anda membaca perkongsian kami sehingga ke penghujung ya!

Asal Usul Kuih Bahulu

Nama kuih ini dipercayai berasal daripada frasa ‘buah tangan dari hulu‘. Frasa ini membawa maksud, hadiah kecil daripada kepala air.

Hal ini kerana, kuih bahulu sering diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu oleh para pengembara yang mengembara melalui jalan air. Dipercayai juga bahawa orang Jawa dari Bangkahulu, Indonesia, telah memperkenalkan kuih bahulu ini ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu.

Bahulu Untuk Wedding Gift
Bahulu dKetuhar Beraneka Perisa

Jika bercakap tentang kuih-kuih tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah pasti kuih bahulu akan menjadi salah satu pilihan utama masyarakat kita.

Untuk pengetahuan anda semua, proses pembuatan bahulu ini boleh mengambil masa yang sangat lama bermula daripada kerja-kerja penyediaan adunan, sehinggalah ke proses pembakarannya. Namun, ia tetap tidak menghalang dKetuhar untuk menghasilkan pelbagai jenis bahulu terbaik untuk dijadikan sebagai wedding door gift anda.

Ciri-ciri Wedding Door Gift Terbaik untuk Para Tetamu

Door gift perkahwinan merupakan sebuah pemberian kecil buat para tetamu daripada pihak pengantin. Ia dianggap sebagai salah satu pelengkap yang mampu menceriakan suasana sesebuah majlis.

Pada kami, ciri-ciri door gift yang baik perlulah simple, tetapi tetap kelihatan menarik dan comel supaya diingat selalu. Oleh itu, para bakal pengantin tidak perlu risau lagi kerana kami di dKetuhar Bahulu sedia berkhidmat untuk menyediakan set-set bahulu yang comel untuk anda jadikan sebagai wedding door gift.

Pakej-pakej Bahulu dKetuhar untuk Anda Jadikan Sebagai Wedding Door Gift

Bahulu Untuk Wedding Gift

Bagi semua yang masih ragu-ragu, bahulu kami tidak hanya sesuai untuk dijadikan sebagai wedding door gift, ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai goodies majlis keramaian yang lainya. Kami di dKetuhar Bahulu ada menyediakan 2 set yang paling digemari ramai. Antaranya ialah:

📌 SET DOORGIFT CLASSIC CERMAI

📌 SET DOORGIFT CLASSIC KEMBOJA

Jika anda gemarkan bahulu yang berupa klasik, anda disarankan untuk memilih set classic cermai. Namun jika anda lebih sukakan rupa klasik ke arah bunga kemboja, maka pilihan set kedua adalah pilihan terbaik khas buat anda! 

Bukan itu sahaja, anda boleh dapatkan set bahulu kami dalam pelbagai perisa. Kami ada menawarkan perisa original, pandan, strawberry dan coklat.Hanya tinggal pilih sahaja perisa yang anda suka.

Kelebihan Menempah Bahulu Bersama dKetuhar

  • Packaging yang dijamin cantik dan comel untuk malis perkahwinan anda.
  • Bahulu yang dijamin sedap, gebu, montok, dan rangup di luar, lembut di dalam.
  • Bahulu yang kekal fresh sehingga 3 minggu!

Ingin Menempah Bahulu Bersama dKetuhar?

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu dKetuhar, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Untuk berhubung secara terus pula, anda boleh menghubungi kami di talian, 017-739 2976 / 0169122976 (Puan Hasliza).

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian pula, anda boleh terus melayari beberapa online shop kami seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHAR: dketuhar.com
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar
SHOPEE: DKetuhar Baulu
TIKTOK SHOP: dketuhar.hq

Tidak ketinggalan juga buat mereka yang berada di sekitar Bukit Katil, Melaka, pastikan anda singgah ke kedai dKetuhar Bahulu yang beralamat di 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. Jumpa anda di sana!