Anda sedang mencari bahulu terbaik di Melaka? Sekarang, anda tidak perlu lagi mencari bahulu panas jauh-jauh sampai ke utagha, sebab di Melaka pun sudah ada tau… Jadi, mari sini Akak Bahulu nak perkenalkan pelbagai package menarik daripada dKetuhar buat anda semua.

Kalau anda nak tahu, kuih bahulu kami ini sememangnya tahan lama dan sesuai untuk dimakan ketika mengharungi perjalanan yang dekat mahupun jauh. Ia juga sesuai dibuat kudap-kudapan kerana teksturnya sangat ringan, gebu, sedap dan yang paling best, bahulu dKetuhar juga mempunyai pelbagai perisa yang menarik!

Siapa yang Boleh Membeli Bahulu dKetuhar Terbaik di Melaka Ini?

Walaupun kedengaran pelik, namun persoalan ini seringkali diterima oleh Akak Bahulu tau… Oleh itu, Akak Bahulu ingin memberitahu bahawa sesiapa sahaja boleh membeli bahulu terbaik ini daripada kami.

Tidak kiralah anda berada di utara, timur, barat mahupun selatan Malaysia sekali pun, bahulu dKetuhar ini tetap setia menanti untuk dimiliki oleh anda semua. Hal ini kerana, dKetuhar Bahulu turut menyediakan penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia. Menarik kan?

Selain itu, para pelanggan juga tidak perlu risau kerana dKetuhar mempunyai sijil halal. Jadi, tiada lagi keraguan untuk membeli bahulu terbaik daripada dKetuhar Bahulu selepas ini.

bahulu terbaik di melaka

Selain daripada memiliki sijil halal, dKetuhar Bahulu juga mempunyai pelbagai perisa kuih bahulu untuk dipilih. Akak Bahulu jamin, kuih bahulu kami ini akan tetap berasa enak walaupun dicicah dengan air kosong sahaja!

Paling penting, kalau anda nak jadikan ia sebagai jajan atau ole-ole untuk dibawa ke kampung pun boleh! Anak-anak kecil di kampung pasti sangat menyukai kuih bahulu tradisional yang berpelbagai perisa seperti strawberry, pandan dan coklat daripada dKetuhar Bahulu.

Kuih Bahulu dKetuhar yang Terbaik di Melaka Ini Sesuai untuk Pelbagai Acara

Kuih bahulu ini kebiasaannya sinonim dengan hari raya atau kebanyakan perayaan di Malaysia. Namun untuk pengetahuan anda, kuih bahulu ini juga sesuai untuk dijamu kepada tetamu yang datang ke rumah ketika minum petang dan sebagainya.

Tidak lupa juga, Bahulu dKetuhar ini sememangnya sesuai untuk dijadikan door gift pelbagai acara keramaian seperti malam anugerah, majlis perkahwinan, majlis pelancaran produk dan sebagainya.

Pendek kata, dKetuhar Bahulu turut menyediakan pelbagai package bahulu terbaik di Melaka untuk pelbagai majlis rasmi anda tau! Jadi, pastikan anda meneruskan bacaan perkongsian bersama Akak Bahulu pada kali ini sehingga habis ya…

Packagepackage Door Gift yang Disediakan di dKetuhar Bahulu

bahulu terbaik di melaka

Terdapat 3 jenis package dan set bahulu yang boleh anda dapatkan daripada dKetuhar Bahulu secara online atau walk-in, serta melalui dropship, agent dan stokis kami yang sah. Berikut merupakan package yang disediakan.

1. SET CLASSIC CERMAI

  • Terdapat 3 jenis: Bahulu cermai 40pcs/ Bahulu cermai 20pcs/ Bahulu choco leleh.
  • Setiap set cermai 40pcs dan Cermai 20pcs didatangi dengan 4 perisa yang boleh dipilih: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.

2. SET DOORGIFT CLASSIC KEMBOJA

  • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih (berlainan harga).
  • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Kemboja: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • 3 pilihan door gift packaging: Plastik jimat/ Kotak ready-made/ Kotak custom-made.

3. SET DOORGIFT CLASSIC CERMAI

  • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih.
  • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Cermai: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • 3 jenis set untuk dipilih mengikut kuantiti Bahulu Cermai : Cermai 2pcs/ Cermai 3pcs/ Cermai 4pcs.

Kelebihan Menempah Bahulu Terbaik di dKetuhar Melaka

  • Packaging yang dijamin cantik dan comel untuk majlis perkahwinan anda. 
  • Bahulu yang dijamin sedap, gebu, montok, dan rangup di luar, lembut di dalam.
  • Bahulu yang kekal fresh sehingga 3 minggu!

Ingin Menempah Bahulu Bersama dKetuhar?

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu terbaik di dKetuhar Melaka ini, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Untuk berhubung secara terus pula, anda boleh menghubungi kami di talian, 017-739 2976 / 0169122976 (Puan Hasliza).

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian, anda boleh terus melayari beberapa online shop kami seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHAR: dketuhar.com
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar
SHOPEE: DKetuhar Baulu
TIKTOK SHOP: dketuhar.hq

Tidak ketinggalan juga buat mereka yang berada di sekitar Bukit Katil, Melaka, pastikan anda singgah ke kedai dKetuhar Bahulu yang beralamat di 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. Jumpa anda di sana!