Anda sedang mencari resepi bahulu tradisional yang sedap? Umum mengetahui, kuih bahulu ini merupakan sejenis kudap-kudapan turun-temurun yang tidak lapuk dek zaman dan sememangnya menjadi pilihan ramai.

Dahulu, pembuatan kuih bahulu ini boleh dikatakan agak sukar kerana teknik masakannya yang tradisional adalah agak leceh dan rumit. Tapi kini, anda sudah boleh mencuba resepi kuih bahulu tradisional sedap ini dengan menggunakan ketuhar elektrik sahaja!

Dihidangkan pula panas-panas bersama kopi… Fuhhh, memang ngam. Oleh itu, Akak Bahulu ingin berkongsi salah satu resepi bahulu tradisional paling sedap pada perkongsian kali ini. Jom teruskan bacaan.

Bahan-bahan dan Resepi Bahulu Tradisional Sedap

Di bawah merupakan bahan-bahan yang anda diperlukan untuk menghasilkan adunan bahulu paling sedap. Kalau bahannya tiada, pastikan anda ke pasar raya untuk membeli-belah dulu ya! Hehe

Bahan-bahan untuk resepi kuih bahulu tradisional sedap

  • Bekas acuan kuih bahulu
  • 5 biji telur (gred A/ B)
  • 2/3 cawan gula kastor (lebih kurang 130g)
  • 1 sudu makan ovalet
  • 2 sudu teh esen vanilla/ esen ros
  • 1 1/3 cawan tepung superfine/ gandum (lebih kurang 150g)
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-caranya

  1. Panaskan bekas acuan bahulu selama 15 minit pada suhu 170°C supaya bahulu tidak melekat pada acuan apabila dibakar nanti.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, satukan 5 biji telur bersama gula kastor dan ovalet.
  3. Kemudian, masukkan pula esen vanilla/ ros untuk menaikkan bau serta menghilangkan bau hanyir telur.
  4. Menggunakan mesin pengadun, putarkan adunan sehingga gebu mengembang dan adunan bertukar ke arah warna putih.
  5. Setelah itu, ayak masuk tepung gandum dan juga baking powder.
  6. Kacaukan adunan sehingga sebati menggunakan spatula atau mesin pengadun tadi.
  7. Apabila sebati, anda boleh mula menyapu bekas acuan bahulu dengan minyak terlebih dahulu.
  8. Kemudian, masukkan adunan tersebut ke dalam bekas acuan mengikut saiznya dengan menggunakan sudu.
  9. Setelah acuan penuh, masuk dan bakarkan ia di dalam oven menggunakan api atas bawah, selama 20-30 minit, pada suhu 170°C.
  10. Apabila bahulu sudah masak, terus cungkil ia keluar ketika masih panas.
  11. Siap untuk dihidang!

Mudah sahaja resepi bahulu tradisional sedap yang Akak Bahulu kongsikan ini kan? Kalau bahan-bahan tersebut ada di rumah, pastikan anda cuba petang ini juga.

“Tapi, saya tak rajinlah nak buat dan ikut resepi bahulu tradisional ni walaupun ia nampak sedap dan mudah. Kalau dapat beli yang sedap terus pun senang juga. Tapi saya tak tahu nak dapatkan di mana…”

PEMINAT TEGAR KUIH BAHULU

Jangan runsing dulu! Kalau anda semua tidak gemar menyukarkan diri untuk membuat resepi kuih bahulu tradisional yang sedap ini sendiri, anda boleh dapatkan terus kuih bahulu terbaik daripada dKetuhar Bahulu. Sudahlah sedap, gebu, siap ada pelbagai jenis perisa pula tu!

Antara perisa yang available adalah:

  • Original
  • Coklat
  • Pandan
  • Strawberry

Haaa, menarik ke menarik? Nak tahu cara mendapatkannya tak? Kalau anda nak tahu, pastikan anda baca perkongsian Akak Bahulu sehingga ke penghujungnya.

Bahulu dKetuhar Boleh Dijadikan Buah Tangan

Selain daripada menikmati kuih bahulu bersama keluarga, dKetuhar Bahulu turut menyediakan perkhidmatan dan pakej-pakej door gift menarik yang boleh didapatkan

untuk pelbagai jenis majlis keraian seperti majlis ulangtahun, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kesemua pakej ini juga boleh didapati melalui pelbagai cara tempahan tau! Pertama ialah secara online, kedua secara walk-in dan ketiga ialah melalui dropship, agent atau stokis-stokis sah dKetuhar Bahulu.

Pakej-pakej Door Gift yang Ditawarkan | Resepi Bahulu Tradisional Sedap

resepi bahulu tradisional sedap
resepi bahulu tradisional sedap
resepi bahulu tradisional sedap

Terdapat 3 jenis pakej yang boleh anda dapatkan daripada dKetuhar Bahulu. Berikut merupakan antara pakej yang kami sediakan.

1. SET CLASSIC CERMAI

  • Terdapat 3 jenis: Bahulu cermai 40pcs/ Bahulu cermai 20pcs/ Bahulu choco leleh.
  • Setiap set cermai 40pcs dan Cermai 20pcs didatangi dengan 4 perisa yang boleh dipilih: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.

2. SET DOORGIFT CLASSIC KEMBOJA

  • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih (berlainan harga).
  • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Kemboja: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • 3 pilihan door gift packaging: Plastik jimat/ Kotak ready-made/ Kotak custom-made.

3. SET DOORGIFT CLASSIC CERMAI

  • Terdapat 3 jenis packaging untuk dipilih.
  • Setiap pesanan boleh memilih 4 perisa Bahulu Cermai: Original/ Pandan/ Strawberry/ Coklat.
  • 3 jenis set untuk dipilih mengikut kuantiti Bahulu Cermai : Cermai 2pcs/ Cermai 3pcs/ Cermai 4pcs.

Kelebihan Menempah Bahulu Bersama dKetuhar Melaka

  • Packaging yang cantik dan comel untuk malis perkahwinan anda.
  • Bahulu yang dijamin sedap, gebu, montok, dan rangup di luar, lembut di dalam.
  • Bahulu yang kekal fresh sehingga 3 minggu!

Ingin Menempah Bahulu Bersama dKetuhar?

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang bahulu dKetuhar, anda terlebih dahulu boleh mendapatkan pelbagai pilihan pertanyaan di Linktr.ee dan Facebook dKetuhar HQ.

Untuk berhubung secara terus pula, anda boleh menghubungi kami di talian 017-739 2976 / 0169122976 (Puan Hasliza).

Buat mereka yang sudah membuat keputusan untuk menempah secara dalam talian pula, anda boleh terus melayari beberapa online shop kami seperti di bawah:

WEBSITE D’KETUHAR: dketuhar.com
PG MALL: PGMall DKetuhar
AGRO BAZAAR: Agro Bazaar Online DKetuhar
SHOPEE: DKetuhar Baulu
TIKTOK SHOP: dketuhar.hq

Tidak ketinggalan juga buat mereka yang berada di sekitar Bukit Katil, Melaka, pastikan anda singgah ke kedai dKetuhar Bahulu yang beralamat di 56, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka. Jumpa anda di sana!