Latar Belakang

dKetuhar HQ yang dimiliki oleh BIZ HMR NIAGA yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (SMUT0028870-M) telah berada dibawah naungan nama yang dikenali sejak 2017 sebagai Bahulu Makwan. Namun kini, telah diberi nafas baru dengan mengenengahkan produk bahulu dengan membawa jenama sebagai dKetuhar pada tahun 2022 yang bertempat di Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka. Pengasas kepada produk ini ialah Mohd Khalid Bin Hasimin bersama isterinya Hasliza Binti Mohd Rashid yang berpengalaman lebih daripada 5 tahun dalam pembuatan bakeri dan pemasaran. Justeru mendapat pensijilan dan bimbingan dari Pensijilan Halal Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Ikhtiar Malaysia (AIM).

dKetuhar atau dengan Trademarknya “dKetuhar Terhasilnya Bahulu” merupakan produk pengeluaran makanan tradisional iaitu bahulu yang dikenali sejak dahulu lagi dengan menyediakan pelbagai jenis perisa bahulu iaitu Original, Pandan, Strawberi dan Coklat yang sesuai untuk dihidang kepada semua jenis peringkat umur dan lapisan masyarakat. dKetuhar juga menyediakan pelbagai set buah tangan eksklusif berbentuk Doorgift/Goodies  dengan lebih 250 corak kotak yang tampak menarik untuk diberikan kepada para tetamu jemputan para pelanggan kami.

Sejak 2017, dKetuhar berkembang maju di Malaysia dan berdaya saing secara sihat dengan sentiasa memilih produk dan mengeluarkan keluaran terbaharu bagi memenuhi permintaan para pelanggan dan cabaran untuk ke pasaran dunia luar.

VISI

Menjadi pembekal baulu pilihan utama yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara

 

MISI

Mempunyai 100 lokasi rakan niaga pada tahun 2023