BAHULU CERMAI TRADISIONAL
Meh Akak Bahulu nak share sikit pasal sejarah bahulu ni, kalau mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU datang datang dari frasa “buah tangan dai hulu”. Ini kerana orang-orang terdahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama dan air sungai mudik dari hulu ke hilir.
Tingginya budi bahasa orang Melayu yang sangat menghormati jiran tetangga apatah lagi saudara mara. Kuih bahulu dijadikan sebagai buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.
Sehingga kini kuih bahulu menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu terutama pada hari-hari perayaan dan majlis kebesaran seperti hari raya dan majlis perkahwinan. Bahulu juga mempunyai pekbagai saiz dan bentuk antaranya ialah Bahulu Cermai – bentuknya yang kecil molek seperti buah cermai.
Bahulu Cermai adalah salah satu produk keluaran Dketuhar BAHULU PACK CERMAI. Didatangkan dengan 4 pilihan perisa iaitu asli (original), pandan, strawberi dan coklat untuk dijamu kepada seisi keluarga. Kami juga menyediakan SET DOORGIFT EXCLUSIVE CERMAI untuk tempahan Majlis Keramaian! Terdapat tiga (3) set yang menarik untuk dipilih dan pastinya menggembirakan tetamu yang hadir ketika menikmatinya nanti!
Pembelian di website hanyalah untuk Bahulu Pack Cermai sahaja.
Sebarang tempahan Set Doorgift Exclusive Cermai,
sila klik butang Cara Pembelian untuk info lanjut!